Thursday 29 November 2012

Kesedaran semua pihak...

Kesian tengok adik ni berdiri depan pintu bank...
Tapi yang bagusnya adik ni tidak meminta-minta cuma tunggu dan lihat saja....
Kesian tengok muka dia...sangat letih dan layu (sedih aku tengok)...kalo mak bapak dia tengok memang tobat meleleh ayaq mata...
Tapi...sapa yang suruh dia buat keja macam ni??? (tengah hangin...!)

Jam dah dekat pukul 10 malam....
Sepatutnya dia duduk rumah study...bukan study kumpul duit untuk kepentingan organisasi tersebut...hamboiii marah betoi no..memang pon!
Ni kalo dah penat berdiri mintak sedekah tuk depa, esok mesti letih tah tah tak bangun p skolah?? Hmmmm.....


Maka dengan itu, seorang penyiasat persendirian pun turun......
Nizam : Salam...adik makan dak lagi ni???
Adik : Wassalam....makan dah....(tapi perut tengah bernasyid)
Nizam : Betoi ka dah makan??? Ka tak makan lagi ni.....(apsal loqhat kelantan??)
Adik : Saya makan dah tadi ni abang....
Nizam : Ok satgi p makan na... (sambil masukkan $$$ dalam poket dia...)
Mama : Baik hati betoi laki aku ni...sayang u.....wink~ (ayat bodek kan??)


**** tertanya-tanya, dari mana datangnya budak-budak macam ni?? kalo perasan setiap pintu masuk atm mesti tercegat sorang macam ni, mak bapak depa tak ambik tau ka???? hmmm.....****



Wednesday 28 November 2012

Pi Ti Pi Ti - END



Yeayy....seronok nampak...of coz !

2012 semakin hampir menutup tirai...lepas tu welcome 2013 dengan penuh keceriaan...kenapakah??? Sebabnya hutang ptptn dah terlangsai...

Huhhh....mengeluh sat...patut la ramai yang malas betoi nak deal dengan ptptn ni, sebabnya kita nak bayaq hutang....baikkan saya?? tapi punya hazab susahnyaaa.....

Dah request penyata baki pinjaman, dah dapat silap pulak (ptptn) dekat jurusan & nama institusi...teruk betoi! Cemana depa buat keja??? Kesilapan dari ptptn tapi aku jugak kena buat surat dekat ptptn??? @%#..!!! (dalam hati)...

Ok ok aku mengalah sat....

Dah settle semuanya...tapi eh mana baki 20% diskaun yang diwar-warkan PM aritu??? Call balik ptptn tanya...hamboi kauuuuuu.....sedap menyedap sungguh suruh aku buat lagi lagi dan lagi surat resmi..!!!! melampau sungguh!!

Apa pun pasni aku dah tak payah risau pasal ptptn dan interestnya....
Lega sungguh hidup tanpa ptptn kan? hihihi.....

Dengan ini saya mengistiharkan gudbye to ptpt end...!




Tuesday 27 November 2012

Kit Kard


Mama..kalo nak buat macam ni bolah dak??? Nak naik superbike macam ni ok tak??? Oh Iskandar..mama letih, hati-hati, jangan nanti superbike tu terbalik sudahhh.....Oppsss tolong abaikan segala benda di belakang tue.

Iskandar bosan la....bosan bosan bosan...Haishhh kalo dah bosan apa lagi keja memunggah dengan memanjat...Disebabkan bosan, papa ajak g Tesco...Yeaaah - hihi mama yang terlebih sebenaqnya.

Ok papa dah bawak kita p Tesco, syok la budak kecik tu....seronoknya mama. Dah sampai Tesco apa lagi, mata pun melilau la...Papa tengah mencari sabun cuci cermin kereta, maklumla mama hari-hari travel jauh...bejuta binatang yang tak sempat mengucap melekat dekat cermin tuh.

Tiba-tiba.....

....ternampak benda gantung-gantung (Iskandar buat muka tekejut sambil tengok mama).....Alamak! telupa la pulak nak snap gambaq benda alah tu...padahal malu sebab enset cokia.

Benda apa nie..????
....keychain nama ja pon...disebabkan ada nama Iskandar, gagah pulun ambik jugak....padahal benda alah ni dah bekurun lama dok tergantung situ. Dah basi pun keychain nama-nama ni...aku ja yang dok pulun..kan? kan?

Mama : Mama bayaq na...? (nak jugak)
Papa  : Okk....
Mama : 1 letak dekat kereta, 1 lagi kat moto..ok? ;-)


****Salah satu daripada nama raja. Bersifat tegas,serius dan bijak merancang sesuatu perkara. Tetap pendirian tetapi bersedia mendengar pendapat lain. Daya kepimpinan yang tinggi dan berupaya memimpin dengan baik.****



Sunday 25 November 2012

Alahai Tol Gate Makcik....!



"Senyum" itu satu sedekah
"Senyum" itu pemanis wajah
"Senyum" itu satu kemesraan
"Senyum" membuat orang berfikir positif....ok!

Mesti tertanya-tanya kenapa tetiba bercerita tentang senyum kan? Sebabnya pagi tadi masa bayar duit tol, juru tol yang memang dasar layak di panggil makcik tol (kuang ajaq kan? sorry terpaksa kuang ajaq )buat aku menyampah....

Pepagi yang indah lagi nyaman di tambah pulak hari pertama keja time dapat gaji walau pun gaji bulan Oktober kan....kena la buat-buat gumbira... kita dari jauh bermeter-meter sebelum sampai tol lagi dah senyum sampai ke telinga (hambek) bila sampai ja giliran nak bayaq, bukan takat salam, SENYUM pun tak..! Nak cakap terima kasih pun sayang suara ngan mulut, bisu kot??? Oppsss....kita kan customer and customer always right kan...senyum la sikit...dah la hari-hari aku nak ngadap muka makcik yang rasanya layak pencen...!!! (omg...kurang pahala aku)

TQ makcik, nanti saya ambik nama makcik report kat big bos baru tau...sakit mata kalo hari-hari terpaksa bayaq duit tol kat "Tol gate Makcik". Hilang mood gumbira aku...better guna Touch n Go mengadap mesin otometik yang tak bermoody....


 

Thursday 22 November 2012

SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER





Assalamualaikum uolls...
Sesaja nak promote semua blogger untuk join Segmen Papa Blogger ni.

Cara-cara nak join Segmen Papa Blogger :
  • Buat entry bertajuk SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER..
  • Copy gambar kat atas tu dan letakkan dalam entry anda..
  • Follow blog Papa Blogger..
  • Letak link entry korang kat bawah komen blog Papa Blogger..
Wassalam...



Wednesday 21 November 2012

Rabu yang malang....


Haishhh malang sungguh hari ni....

Malang 1 - Sudah la malam tadi tidoq mampuih set alarm pukoi 3 pagi tapi tak tersedaq..bangun-bangun tengok jam dah pukoi 5.30pg...tawakal la tak boleh nak menoreh getah waktu malam.

Malang 2 - Mai keja kekononnya tak mau rushing, boleh la berangan lama sikit dalam kereta (al-maklumla aku ni kan jenis yang suka sangat berangan ). Sampai ja opis lepas mengepump tetiba perut berbunyi mintak di isi dengan cepat. Turun kafe tengok bihun goreng (yum yum) apa lagi sebat la tapi malang lagi (iskk ada lagi), bihun tu indah khabar dari rupa..!!! Macam hampeh keras, tak rasa (sempat la jamah 2 suap).

Malang 3 - Aku tak tau la apa yang masaElah...pc ka internet ka atau aku yang xber"ONG" ??? Dah nak "on" pc sepasai...ber"hang" heng hong, nak shutdown lagi la dari hari Ahad sampai harini dok kena shutdown secara paksa ...! Loading hal no 2..! no 3 apasal aku tengok orang lain "lancar" jer main game online, aku yang tak bergame ni apsal macam siput sedut??? (walau pun siput sedut pun bagus lagi). Nak jugak aku pijak-pijak si cpu ni...! Dahtu, p pinjam pc orang lain pun sama ja..?? memang aura aku hari ni "malang" kot???





Tengok, belum pun sampai tengah hari tapi dah ber"malang-malang" aku hari ni..memang Rabu adalah hari malang aku....Sabaq sabaq sabaqqqqqq.....(sambil berdoa semoga hari esok dan mendatang aku di kurniakan intan berlian emas dan permata). Malang, pergi jauh-jauh...jauh dari hidup aku! (Eh...meqhoyan ka aku ni?)


Tuesday 20 November 2012

Kukus Grill Panggang.....




Master Chef Malaysia nak cakap best pon tak, nak cakap tak best pon best la jugak sebabnya saya bukan penonton tegar rancangan ni. Siri latest ni baru start layan, kalo siri sebelum-sebelum ni langsung idaknyer...

Tapi ada sesuatu yang menarik bila rancangan ni start, nak tau apa benda yang menarik? Kukus grill panggang kukus grill panggang kukus. Orang yang paling syok sudah semestinya la Iskandar. Bila sampai ja iklan ni mesti dia setia mengadap tv, kalo tengah dok exercise (buas) atau tengah dok main mainan tobat berenti tengok.



1... 2... 3... Action :
Chef : Mula-mula saya kisar semua ramuan herba organik...
Chef : Dan tambah sedikit perahan jus lemon...
Chef : Dengan suhu sederhana...saya masukkan kacang buncis yang di kukus  sempurna....
Chef : Ayam pulaaa....dimasak dengan kombinasi teknik kukus grill panggang kukus grill panggang kukus...... (sampai jerk part ni Iskandar akan tersengeh sambil tengok semua orang)
Chef : Dan.....


 Sengeh sebab dapat main dekat tempat feberet.


Rasanya ramai yang suka iklan kukus grill panggang ni termasuk la mama papa dan Iskandar. Femes jugak kan iklan ni sampai bebudak pon suka layan.


Picture : Sumber dari Pakcik Google


Sunday 18 November 2012

Hepy 2nd Anniversary Sayang...




Pejam celik pejam celik cepat betoi masa berlalu dah masuk 2nd anniversary. Rasa macam dalam mimpi pun ada jugak syukur dan alhamdulilah
tarikh 19 November 2010 kami telah sah menjadi suami isteri.


 
Sumber : HafizMusa Klik


Terima kasih Tuhan…
Kau beri aku seorang yang mendampingiku
Didalam suka dan duka
Memegang kukuh janji
Menemani aku sampai mati
Terpasung hati
Tulusmu mendampingi diriku
"Happy Anniversary for us"
Mwuahszzz

Hepy Bufday Mak.....




Makan-makan untuk celebrate bufday mak terpaksa di awalkan sebab Mone dah nak balik Johor. Buat pun ala kadar jerk ada kek dengan kehepci, tapi tetap happening....Pencurik Stokin sefamily tak dapat hadirkan diri sebab ada dekat oversea...


Happy Becoming Birthday mak...Love u so muchhhhhh
- 23 November 2012 -

Wednesday 14 November 2012

Asyik merungut jerk.....





Merungut secara kebetulan atau memang penyakit merungut???  Pernahkah anda merungut apabila menghadapi sesuatu kesusahan? Sudah tentu pernah bukan? Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja..Adakalanya kita merungut sehingga kita lupa orang di sekeliling kita dan banyak lagi nikmat yang Tuhan kurniakan kepada kita. Kita lupa kepada kesenangan yang kita kecapi selama ini. Segala pinjaman yang diberikan kita oleh Tuhan kita lupa.

Sesungguhnya segala kesusahan yang kita alami adalah ujian dari Allah untuk menguji kita sejauh mana kita mengingatiNya dan bersyukur padaNya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita perolehi dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

  • Bersyukur la dengan apa yang kita ada, jangan asyik merungut jerk.
  • Jangan merungut untuk keperluan (makanan) family @ diri kita.
  • Merungut tak dapat selesaikan masalah kita malah menambah tekanan untuk diri sendiri serta orang disekeliling kita.
  • Jangan asyik merungut tak ada duit  jerk sedangkan kita sudah di beri peluang cukup makan dan cukup pakai cuma tidak sekaya antara orang-orang kaya di dunia ni.
 
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya"


Sememangnya manusia mudah lupa...!! (Bak kata ex-PM)
Renung-renungkan...dan Selamat Beramal.....
 


Aktiviti Sihat 2 Jam Bersama


Hari-hari balik keja WAJIB melayan kerenah si Iskandar ni. Papa cakap Iskandar ni semakin buas. Budak-budak semakin membesar makin banyak la plak perangai, nak buat itu ini la..pendek kata seminit pun tak duduk diam. Ok ok nk buas tak pa, janji time tidoq jangan nak BERJAGA naaa kesian Mama dengan Papa esok nak p keja....


Baraikan enset mama.


Nak cepat pandai kena la baca buku.


Mama.."A"  for what??


Papa main game kereta, bukan game moto (tengah tunjuk aksi naik moto).


Tak padan dengan tak boleh bejalan, memanjat ja tau..




Bukan setakat panjat meja, sofa pun nak jugak...hermmmm












moto dengan kereta tak mau nak naik, tau nak punggah mainan ja...




Tengah berangan kekononnya tengah makan ais krim.


....pastu sengeh kat mama.



Papa : Ok Iskandar, dah cukup 2 jam, mama papa letih...jom kita TIDOQ...!





Sunday 11 November 2012

Ryan Rizqy Dulu dan Sekarang...


 (New Born)
Nama : Ryan Rizqy
DOB : 16092012 - Mat Malaysia


(20 hari)

 .
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.

Sebulan kemudian


 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekarang......
.
.
.
.
.
.
.

 
Tudia.....debabbbb





Soalan : Iskkkk awat besaq sangat ni??? Bagi minum susu apa ni???
Jawapan : Semestinya Mom Breast Milk...!!


- Tahniah -




Weekend @ QB


 Tengok cerianya papa Iskandar dapat jalan-jalan mai QB ni. P pun sebab nak cari belt untuk Iskandar sebabnya minggu sebelum tu (p lagi) beli jeans tapi tebesaq la pulak.




Comei-comei ja patung baby gap ni, alang-alang gap pun ada buat sale, papa mama pun sebat la selai jeans (diskaun RM10 + free tshirt ) untuk Iskandar pakai time konvo Alang  nanti.


Haaa....bab kasut memang sangat susah nak cari sebabnya?? Sebab kaki Iskandar sikit "Giant" macam mama macam papa kan? Pernah sebelum ni macam-macam kejadian puncanya adalah disebabkan kasut, kaki terkepak la, anak jari kaki kemek la...sebab tu kena pilih betul-betul kasut yang sesuai untuk dia.

Kasut, baju, belt semua dah tengaok + beli. Dah penat bejalan perut pun dok berkeroncong minta di isi...hmmm nak makan kat mana ni sayang??? (buat-buat tanya lagi). Nandos ok...?? Ok ok ok..ok sangat, titik!


Iskandar syok terlebih dapat jalan-jalan, bawak p la mana pun janji JALAN !


- Papa - 


+
 
- Mama -
Hasilnya meleleh ayaq mata.


Iskandar makan bubur mcd sajo tu pun terlebih berselera..abeh semangkok.


 
Kebetulan kat situ ada karnival Friso, Friso untuk setiap peringkat umur ada. Tagline Friso "Growing Up Together".


Tengok promoter tu, kusyuk betoi dok promote FM kat laki aku. Friso itu ini la, kebaikan friso la, mama tengok dan dengaq ja pon. Harga susu ni pun agak mahal la jugak (aku pon tak tau harga mahai ka tak) TAPI, kalo beli susu Friso time karnival ni, setiap setin ada diskaun sebanyak RM20!!! Banyakkan? Renung-renungkan....



Akhirnya....
Papa pun beli la susu friso ni, bukan 1 tapi 2 ! Tapi....jangan salah sangka ok, papa beli susu untuk mama bukan untuk Iskandar.

- TenQ sayang -








Mama Papa Iskandar Blogspot Dot Com