Tuesday 6 November 2012

Info Sihat : Kebaikan Coklat


Kenapa kita kena makan coklat ???



Coklat adalah sumber dari sejenis bahan anti pengoksidan cetechin yang serupa dengan teh. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Belanda mendapati coklat itu sebenarnya adalah bahan perasa asli seperti teh mengandungi kompaun yang mampu melindungi kimia dalam tubuh daripada membinasakan sel-sel kita. Kebaikan coklat pula ialah sebagai bahan anti pengoksidan yang berkesan. Kandungan anti pengoksidan tersebut dalam coklat adalah empat kali ganda banyaknya berbanding kandungannya di dalam teh.

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
 

Coklat adalah bebas daripada kolesterol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.





Melindungi dari Serangan Jantung - Kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols . Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
Tidak Menggemukkan - Tidak ada satu jenis makanan yang akan menyebabkan kegemukkan. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan bolah meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan
Menghilangkan Stress - Mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit dan meningkatkan tahap rasa sihat. Coklat mengeluarkan endorphins yang membuatkan kita rasa gembira. Coklat boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.  


Sumber : http://sharifahelzahra.tripod.com/index.html & ehoza.com


5 comments:

  1. Walau apa pun org kata boleh menggemukkan, tambah jeraat tapi keluarga kakak tak boleh skip coklat. Dlm fridge sentiasa ada coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....thanks...tu la...sy pn suka...pepagi pn blh mkn....

      Delete
  2. salam kenal,
    suka buat coklat as kudap2 an after makan..

    http://mama-iloveu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam Betty...

    Coklat sedap sangat... terutama yang jenis dark chocolate tu... nyum..nyum...

    ReplyDelete

Mama Papa Iskandar Blogspot Dot Com